Ahad, 11 Julai 2010


HIKMAH DLM HARI INI


Pagi ni alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi aku masih benyawa lagi.. kehidupan diteruskan macam biasa.. tp tentatif arini agak meletihkan..
arini kne anta akak balik UKM daa.. aduyai..kejap sgt dia cuti..pasni mesti ak kne tgal sorg2 kat umah time org len g skola.. blogger-emoticon.blogspot.com..syunyinya duk sorang2 t..blogger-emoticon.blogspot.com
nak buat cmne kan..

so, perjalanan bermula..letih gak..

agipun, ak mmg da janji nk jumpa ngan Qassim kat UKM..tp ad problem2.. tp kagum dgn kesungguhan dia nk jumpa ak..blogger-emoticon.blogspot.com..
rajin gle dia.. pastu bual2 la ngn dia.. dpt mcm2 info berguna..blogger-emoticon.blogspot.com

berbalik pada apa y berlaku, hikmah arini..
mse ak "ODW" nk balik ke muar.. singgah la kat RNR Seremban..
adik ak y paling kecik nk g toilet..terpaksalah ak teman..blogger-emoticon.blogspot.com
tp ble da smpai kat toilet, ak terserempak ngn seorang mamat y x dikenali..
"bang, nak bli enset x?? murah je ni..".. serta merta ak meraba poket ak mencari enset ak..
ARGH!!!! X ADA!!!blogger-emoticon.blogspot.com..

ak pun suruh adik ak tgu jap kat toilet..jgn la enset ak tercicir..cepat2 ak nk balik ke kereta nk cari enset..
alhamdulillah.. enset ak ad kat kete..blogger-emoticon.blogspot.com

time nk g balik kepada adik ak, bermula la dialog ini..

seorang budak perempuan menegur ak..
P : Assalammualaikum..
Aku: waalaikumsalam..
P: pakcik, kami ni dari sekolah ******, nak mintak derma..

aku punyalah tersentak ble dia panggil ak PAKCIK!!!!blogger-emoticon.blogspot.com
tua sgt kah ak ni!!

ak pun membalas dengan sopan santun..

aku : pakcik?? sy ni tua sgt ke..
P : taklah.. nk pggil abg takleh.. geli.( mungkin sebb dia tu pelajar tahfiz.. mindset begitu)

ak pun terdiam jap..
bkn ak suruh dia pggil ak abg.. pggil la encik ke..
bleh lak dia kata geli.. dia ingat ak nk menggatal ke?? huh!!blogger-emoticon.blogspot.com
sabar je la..

dengan nada y malas n sambil lewa, budak p tu ckp ag..
P : pakcik.. sy ni ad bwk CD ni.. beli la.. harga dia 20 ringgit.. kalo xmo bli, derma la..
aku: ( smbil mencari2 adik ak y x keluar2 dr toilet, dan merasa bimbang) CD tu cd ape ea??
P : errr... CD ni ad la lgu2 unsur nshat...(muka x meyakinkan)..
aku: (sambil mengeluarkan dompet), err..
P : takpa pakcik.. jgn risau..sy ad duit pecah2..
aku: (termenung jap.. ak tak ckp pape. tak pikir pape pun).
P : takpa.. sy ad duit pecah.. cukup2..
aku: owh.. ok2.. sy nak cepat ni.. sy xbli cd, tp derma je..

huhu.. ak mmg da niat awal nk derma.. kalo dia x mintak pun ak y akan g kat mereka. tp terbantut niat ak kerana dilayan sebegitu.. da la pggil ak pakcik.. pastu layan cmtu la pulak.. cmni ke gaya seorang y memegang status pelajar tahfiz..ya Rabbana..blogger-emoticon.blogspot.com
ak terpikir.. cara mereka itu tak kne pda caranya.. mcm memaksa pun ada gak..tp secara halus..walaupun ak agak terasa, kesian ak tgk kat budak2 skola tu.. da la dtg jauh2.. dr kedah.. minta derma..rasa mcm mereka digunakan je..


blogger-emoticon.blogspot.com

Khamis, 1 Julai 2010

RAHSIA TUDUNG

Oleh Nur Mawaddah Mahdiyah pada 09:45
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 10/22/2009 12:07:00
Rabu, 2009 Oktober 21

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...

belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.


-------------------------------------------------------------------------------


Kisah ini bukan ditujukan smata-mata kpd perempuan sahaja...klu kita btul2 hayati kisah ini, kita akan sedar yang kita semua akan melalui Hari Kebangkitan itu.. maka, apabila sudah tiba hari itu, dengan siapakah lagi yang kita dapat minta pertolongan? Bahkan, apakah layak untuk kita mendapat pengampunan pada Hari itu seandainya kita tidak berubah mulai sekarang?

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan tetapkanlah aku dalam ketaatan kepadaMu.. Ya Allah, bersaksilah sesungguhnya ku telah menyampaikan kepada mereka... Sesungguhnya aku tidak mampu memberi hidayah kepada mereka. Engkau jualah Yang Maha Memberi Hidayah.. Maka, berikanlah kami petunjukMu. Selamatkanlah kami daripada azabMu, ya Allah..Jauhkan kami dari murkaMu ya Allah.. KAMI INGIN BERUBAH MULAI SAAT INI..."

Rabu, 30 Jun 2010

Rintihan anakmu

AYAH, IBU

Meski hati ini mengharap kesenangan hidup,
dibayangi kesenangan yang dialami oleh rakan-rakan,
yang kadang kalanya membawa kepada kealpaan
membawaku berkawan dengan kerintihan

TETAPI
meski Hati ini sering tergoncang dengan kenikmatan dunia,
tatkala itulah bayangmu muncul dihadapanku,
mengingatkan ku erti kepayahan,
mengingatkanku erti berusaha,

kata-katamu kepadaku,
"ingatlah pesan ibu, jagala dirimu.
jgalah solatmu,
jagalah hatimu,
belajar bersungguh-sungguh smpai berjaya"
pesanan ibu, membuat hatiku menagis,
membuat ak bangkit dari mimpi indah yang tak berkesudahan.
kata-katamu itu, akan ku pegang hingga ke akhir waktu.

kata ayah,
"nanti jaga diri baik2, jgn sedih2"
meski ringkas, tetapi maknanya amat mendalam bagiku,
memberi ak semangat untuk ak istiqamah,
dalam meneruskan perjuangan ini.

ayah dan ibu,
insan yang berkorban segalanya,
demi melihat senyuman anaknya,
dan ketahuilah wahai ayah dan ibu,
anakmu ini amatlah menyayangimu,
ku Doakan agar dirimu sentiasa berada di bawah rahmatNya,

hari ini,
ak berjanji pada diriku, takkan ku undur dr perjuangan ini,
akan ku pastikan ak terus maju,
demi melihat
wajah SENYUMAN AYAH DAN IBU.blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Akhirnya..usahaku hari ini membuahkan hasil..

Setelah berjam-jam aku mencuba.. setelah bermacam cara ak lakukan..

tatkala semuanya kelihatan tiada harapan..blogger-emoticon.blogspot.com

ak menyelongkar ke pelusuk laptopku, dan hampir saja ak menghetak kepala ke dindingblogger-emoticon.blogspot.com

tp sume itu berakhir 5 minit td..
apabila keajaiban terjadi..
blogger-emoticon.blogspot.com

haha.. ak da leh gne add on ini..blogger-emoticon.blogspot.com
x sia2 ak mencube..

blogger-emoticon.blogspot.com


owh ya..utk tambahan, trima kasih diucapkan kpd Nurul Muslimah kerena banyak membantu dlm memberi tunjuk ajar, dorongan, semangatblogger-emoticon.blogspot.com, dalam menjayakan perkara ini..hehe....blogger-emoticon.blogspot.com

Selasa, 2 Februari 2010

Tanda- tanda kematangan

salam

MySpace
comel x??korg rs korg cmni lg x atau korg pnah x rsa korg xmatang lg? (ak pnah rs tu..huhu)
......................................................................................
hari ni aku tak tau nak wat ap...so ak pun buka la laman iluvislam ni (sbb ak suka buka laman ni bila takde benda nk bc n buat)....

ad la satu tajuk ni yg wat ak nak sgt2 baca..jd ak pun bc n ak rs ssuai gak utk korg baca... 

MySpace

so....ak copy paste dh siap2 kat bawah ni.... renung2 kan lah ye..


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
MySpace

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
MySpace

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
* semoga kita dapat mencapai tanda2 matang ni..chaiyo2.mcm dlm icon ni..*wink2
MySpace
ALL THE BEST SEMUA>>>>
 

 


Jumaat, 15 Januari 2010

cameron~~ <3

salam...
esok, sy n kawan2 akan bergerak ke cameron...(shidi driver, ezry,nurul n emy)..hehe
rasa agk happy la sbb xpernah pergi kan...tp xdela happy sngt2 sbb xelok kalo trlalu gmbira.. (btol k??)..

semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang...amin...
(afiq, jgn gtau ayh ibu tau..nnt dorg riso..haha..)