Jumaat, 15 Januari 2010

cameron~~ <3

salam...
esok, sy n kawan2 akan bergerak ke cameron...(shidi driver, ezry,nurul n emy)..hehe
rasa agk happy la sbb xpernah pergi kan...tp xdela happy sngt2 sbb xelok kalo trlalu gmbira.. (btol k??)..

semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang...amin...
(afiq, jgn gtau ayh ibu tau..nnt dorg riso..haha..)

Rabu, 13 Januari 2010

~Jadikan Al-Quran Penenang Jiwa~


~~~Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada Al-Quran untuk menyelesaikan masalah khususnya yang berkaitan dengan penyakit beraitan dengan jiwa. Umat Islam di Malaysia sekarang ini yang lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa mereka dan melepaskan masalah yang mereka hadapi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2006, di Balai Islam Lundang.

"Wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran."




Punca Penyakit Jiwa

Kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup (stress) seharian punca penyakit jiwa. Dan tekanan ini kian meningkat dalam kehidupan manusia 'moden' kini.

Kesusahan adalah sunatullah:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad 90:4)

Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani kesusahan ini:

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad 90:10)

Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit jiwa.


Dua Jalan menangani tekanan hidup

ALlah Maha Mengetahui. Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:

"Kami berfirman: 'Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah 2:38)

Cara keduanya ialah:

"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha 20:124)

Manusia 'moden' memilih cara kedua . Akibatnya tercetuslah wabak penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dua.


Wabak Penyakit Jiwa

Penyakit jiwa, terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan kesedihan/kesyugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang,  mengalami penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan  kencing manis (diabetes).

Di Malaysia, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat  Malaysia umumnya, lebih kurang 25% mengidap penaykit yang sama.

Dan jumlah ini kian meningkat dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya


Al-Quran ubatnya


Maksud firman ALlah:

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57).

Soalannya, bagaimanakah hendak kita aplikasikan Al-Quran dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?


Cara Penyelesaian Masalah Wabak Penyakit jiwa

Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada satu-satu masalah.

1. Bila berdepan masalah

Masalah hidup sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, ALlah mengajar manusia

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)

Ini  khusus bertujuan supaya manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah.. Kerana hanya dengan mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)


2. Apa yang hendak diingat tentang ALlah untuk menangani musibah?
  • Semua milik Allah. Dan kerajaan mutlak adalah kepunyaan ALlah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa izin-Nya.
"Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi " (Al Baqara 2:284)

  "Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi kepunyaan ALlah? (Al Baqarah 2:107)

  • ALlah Maha Pemurah dan Maha Penyang. Atas sifat-sifat ini ALlah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya. Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.
  • Semua yang Dia lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh hamba-Nya. Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti ALlah zalim, sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.
''ALlah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah 2: 286)
  • Setiap kesusahan akan berakhir dan diganti dengan kesenangan.
"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah 94: 6)
  • Bila berdepan denga musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari ALlah. Di dalam Al-Quran ahlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar", lebih dari 70 kali. Nabi Muhammad saw menghayati perintah Allah ini setiap kali Baginda saw berdepan dengan musibah.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah 2:153)

  • Dalam keadaan penuh kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah kita. Semua musibah berlaku ke atas kita kerana tiga sebab:
1. Apakah ia satu hukuman dari ALlah? Hukuman Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab: i) melakukan kezaliman ii) durhaka kepada ibu bapa dan iii) Memutuskan hubungan silaturahim dengan waris-waris terdekat.

Dengan hukuman ini ALlah mengharapkan manusia bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan  neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman ALlah di dunia inilah ialah Dia sayang kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamab-Nya dari seksaan neraka di akhirat nanti.

2. Apakah ia satu pengajaran?
Hidup manusia menempuh dua jalan:

"Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al Kaafiruun 109:6)

Bila kita terjerumus ke jalan yang salah, ALlah membuat sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"( Ar Ruum 30:41)
3. Apakah itu satu ujian? Sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas  hamba-hamb-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.
Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)

Untuk masuk syurga:

"Apakah kamu mengira habawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)

Ajal akan datang ble tiba masanya

Assalammualaikum sahabat..

Dari Afiq
di sini aku ingin berkongsi rasa hati ini d samping kte bersama-sama menasihati dan mengingati antara satu dgn yang laen..
Tarikh 13/1/2010, tarikh bersejarah bg ku kerana hari ini ak secara tidak langsung telah menjadi saksi kepada satu kemalagn maut berdekatan dgn tmpt ak belajar..
segalanya bermula hari ini.
aku dan sahabat @ rumate ku telah merancang utk pergi ke BSN. seglanya nampak elok. tetapi, pabila ak melalui jaln y berdekatan dgn tmpat bakal kemalangn itu berlaku, ak menjadi x sedap ati.
sihinggakan aku terlupa apa yg ak rancang nk bli...
selepas ak pergi ke kedai 7Eleven, bru shaja motoku ini bergerak sedikit, kami tiba2 terdengar bunyi dntuman kuat. BOMM!!!

Aku segera menoleh ke arah bunyik tu.. ak nampak ad lori tanah y sdg bergerak laju, tetapi lori itu terangkat d bhgian tayarnya seperti ia sedang menggilis sesuatu.. tiba2 ak ternampak helmet terpelanting dgn laju dari arah lori itu..

Mse tu, hanya Allah yg tw rasa d hatiku. sungguh terkejut dan tergamam ak..
pada mulanya, ak hanya dpt merasakn dgn pasti ad org yg kemalgn, tetapi ak masih x nmpak orgnya.
Ble ak mghampiri, Ya Allah, terlihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan raya, tidak bergerak, tidak bernyawa.
Gementar hati ini sehingga meremang bulu romaku.
org ramai berlairi ke arah tubuh tersebut . fikiranku menjadi kosong seketika, mataku tarpaku pada tubuh itu.

Pasti ad hikmahnya. ak merasaknn ad hikmah ak diperlihatkn kejadian itu.
kerana sekirnya ak tidak terlupa tetng brg2 y ak nk bli pd mulanya, pasti ak xkn menyaksikannya. SUBHANALLAH..

Sahabat, ingatlah, ajal maut sume d tgn Allah SWT.kte xkn mampu menolak @ mengelak.
cume nasihatku d sini, agar kte sama2 mengambil iktibar daripada kejadian itu.

ak juga tersedar bertapa diriku sendiri takutkn mati.
itulah penyakit umat Islam zaman sekarang.
"CINTAKN DUNIA, TAKUTKAN MATI"
Na'uzubillah..

beringatlah wahai sahabat..

Ahad, 10 Januari 2010

Surat dariku

urat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".